"Sekiranya nama Islam itu wajib dalam bahasa Arab, maka orang Melayu dulu yang wajib tukar nama. Mengikut kajian yang pernah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara, 30% nama melayu bukan dalam bahasa Arab bahkan tak tahu bahasa apa. Maka kalau nama Islam wajib dalam bahasa Araba, 30% itu dulu yang wajib tukar nama kepada bahasa Arab"
Sumber: http://israelu09.blogspot.com
Artikel di blog tersebut sebenarnya menyentuh tentang perlu tidaknya menukar nama jika masuk Islam. Dan saya terbaca pernyataan di atas yang sangat menarik. Ya, menarik kerana ia sedikit menyentuh tentang trend masa kini orang-orang Melayu Islam di Malaysia, iaitu memberikan nama-nama yang "entah apa-apa" kepada anak-anak.
Barangkali kerana inginkan nama yang unik bagi anak-anak mereka, maka ibu bapa memilih nama-nama yang kadang-kadang langsung tidak diketahui maknanya dan asal-usulnya. Namun, mereka lupa bahawa nama sebenarnya adalah doa ibu bapa kepada anak-anak mereka. Setiap kali kita memanggil seseorang dengan namanya, kita sebenarnya menitipi sebuah doa untuknya. Umpamanya, jika kita memanggil anak kita Khairul, dengan disertai niat adalam hati kita agar anak itu menjadi seorang yang baik, itu sendiri sebenarnya adalah doa kita untuknya. Makanya, apakah doa kita kalau nama anak kita tidak punya apa-apa makna?
Justeru, pilihlah nama dengan niat mendoakan, bukan sekadar untuk cantik ditulis atau untuk sedap didengar semata-mata. Barangkali anda mahu merenung sebuah hadith riwayat al-Bukhari daripada Said al-Musayyib daripada bapanya:
“Bahawasa bapanya datang kepada nabi S.A.W lalu baginda bertanya: Siapakah namamu? Jawab beliau: Hazn (dukacita). Sabda nabi: Engkau Sahl (mudah), jawabnya: Aku tidak akan mengubah nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku. Kata Said Bin al-Musayyib: Selepas itu kami terus-terusan dirundung kesedihan.”
Untuk bacaan lanjut bacalah tentang hukum-hukum memberikan nama di http://al-qayyim.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan