Ilustrasi dari http://www.shevron.com.sg/catalog |
Setiap lelaki yang normal pasti menginginkan perkahwinan. Namun yang amat menggusarkan lelaki adalah belanja perkahwinan yang sangat mahal pada masa kini. Duit hantaran saja kadang-kadang boleh mencecah ribuan ringgit. Itu belum termasuk barang hantaran, belanja kenduri, sewa pelamin, dan segala mak nenek yang bersangkutan. Kerana nak kahwin dan menjaga air muka maka terpaksalah sang lelaki meminjam daripada bank (kadang-kadang ceti) semata untuk memenuhi keperluan tersebut. Lihat saja anggaran belanja kahwin di bawah:
Selesai perkahwinan, timbul pula keserabutan bagaimana hendak membayar hutang yang begitu banyak dari pinjaman untuk perkahwinan, tidak termasuk hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan segala macam hutang yang ada. Pada waktu itu, masing-masing barulah berfikir, bukankah duit yang telah dibelanjakan sebegitu banyak lebih baik digunakan untuk keperluan masa depan? Bukankah keperluan selepas kahwin itu yang lebih banyak harus dipenuhi?
Trend meletakkan hantaran tinggi-tinggi dan mahukan majlis yang grand2 ini sebenarnya sudah lari daripada asal tujuan perkahwinan itu sendiri. Kita melebihkan keperluan sehari berbanding keperluan hari mendatang yang belum tahu lagi badai dan ributnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan